Kisah Amir dan Amira
Ketika senja kala mula menunjukan dirinya amir masih lagi di bawah pohon rendang sambil kedua tanganya menongkat dagunya. walaupun hatinya tenang namun kepalanya masih terbayangkan amira. seorang gadis yang dikenalinya 2 minggu yang lalu. pertemuanya ketika dia sedang menjual pau kacang buatan tangan ibunya di taman rimba itu menimbulkan bibit-bibit kasih dan sayang namun ianya tidak kesampaian kerana hubungan nya tidak direstui oleh ibunya dan keluarga amira itu sendiri
Tanpa dia sedari ingatanya mula kehilangan samarnya dari memori yang lalu, hatinya gusar adakah ianya mimpi atau realiti. Tiba-tiba muncul sesuatu dihadapan matanya, cahaya,cahaya dan cahaya tiba-tiba muncul pula gadis yang berpakaian sendat dandan memegang sebuah tongkat dan mengukir senyum serta dibawah tapak kaki gadis tersebut terlihatnya tompokan kehitaman dan ianya berbau busuk.
"itu taik kucingkah, kenapa ko pijak taik kucing tu".kata amir sambil membeliakan matanya.
"cis tak guna punya orang,orang mau tolong lagi mau kutuk...wei aku datang jauh oooo..dari masa depan" debik gadis tersebut sambil mengigit bibirnya tanda geram.
"yalah kalau ya pun..carilah tempat yang sempoi sikit kalau mahu landing...hahahaha", ketawa besar amir
"oklah jap na...aku gi tukar kasut dulu" kata gadis tersebut lalu berlalu pergi..
"ish-ish kalau mahu jadi cupid pun carilah yang pandai"kata hati kecilnya
Amir pun mula mengorak langkah meninggalkan tempat itu dan berlalu menuju ke rumah usangnya yang tidak jauh dari kawasan itu. Ditolaknya daun pintu rumahnya dan kelihatan ibunya sedang sibuk membuat air dan menghidangkan kuih yang dibuat pagi tadi.
"Amir dah pulang dah anak mak nie, kalau ya pun mahu jemput kawan cakaplah awal-awal tak lah mak terperanjat" katanya ibunya sambil membawa dulang yang berisi kuih dan dua cawan air.
"Amir kenapalah tercegat di situ dari tadi marilah duduk dengan kawan nie"kata ibunya, seperti lembu ditarik hidung amir terus menuju ke arah ibunya, walaupun hatinya masih tertanya-tanya adakah amira sudah mendapat izin dari ibunya untuk menikahi dirinya, ternyata harapanya meleset sama sekali yang mucul dihadapanya kini adalah gadis yang terpijak taik kucing tadi dan gadis itu terus melemparkan senyuman sinis padanya.
"Amir sembang denga dia dulu ya mak hendak solat dulu jangan sembang lama-lama tahu nanti tunjukan zaiton kain telekong yang amira selalu pakai tu, lepas sembahyang baru sembang lagi" kata ibunya.
Bila sahaja ibu amir mula mengorak langkahnya, zaiton mula memulakan kata-katanya.
"sebenarnya saya ialah detektif, seorang detektif dari masa depan yang memupuk cinta masa kini untuk dimasukan cinta tersebut kepada cawan ini" kata zaiton sambil tangan kananya mengeluarkan cawan kristal yang berbentuk hati.
"Di masa hadapan cinta adalah kurang, manusia terlalu mengejar kemajuan dan kekayaan menyebabkan cinta semakin hilang dan cinta adalah suatu elemen kehidupan yang amat penting untuk memelihara keamanan dunia" tambah zaiton dengan lebih panjang lebar lagi.
"ahhh tipunya, tak adri mana ko datang tadi, pastu ak cakap bukan-bukan dekat aku, sebenarnya ko nie terlepas dari hospital mental mana TR atau TM."kata amir mengomel
"Mana tipu lak, oklah kita buat satu ujikaji, sye akan tuangkan air jernih ini dari cawan kaca ini, kita tengok apa kesanya bila ianya keluar" sambil berkata-kata zaiton mula menuangkan setitis demi setitis air dari cawan tersebut, dan tiba-tiba, dunia sekeliling amir terasa seperti berpusing dan dikala itulah kawasan sekitarnya bertukar.
amir kembali ke masa ia mula-mula berkenalan dengan zaiton dan diwaktu itu hujan sedang mencurah-curah dan amir sedang memegang erat payung yang menaungi meja jualanya, tangan nya memegang erat dan kelihatan urat-urat ditanganya tegang dan dahinya mula dipenuhi oleh titis-titis peluh yang bercampur dengan air hujan.
Cuba dan cuba amir menahan kekuatan angin yang semakin kuat meniup payungnya, ketika dalam keadaan yang amir mula semakin mengalah, dirasakan sesuatu tenaga baru membantunya menegakan payung tersebut dan tenaga itu bersama bau wangi lavender coklat semakin memberi kekuatan baru bagi amir untuk terus mengekalkan kedududkan payung tersebut, dan apabila keadaan mula bertambah tenang amir mula membuka kelopak matanya yang ditutup erat semasa memegang payung tersebut, kelihatan olehnya seorang gadis yang berpakaian seksi dengan dada yang sedikit terbuka.
"Astafirullah, ish-ish anak sapalah nie"kata hati kecil amir dan dirasakan perlahan-lahan pegangan yang erat bersamanya dilepaskan oleh gadis tersebut.
"semua dah ok ye bang"kata gadis itu lembut
"ok dik,terima kasih"kata amir mudah lalu ianya mula menyusun semua kedudukan barang-barang dikedainya.
"sama-sama, oh ye bang bagi pau kacang 2 biji dan kaya sebiji ye"kata gadis itu sambil mengukir senyuman kecil tapi menawan.
"baik, kejap ye"kata amir lalu dicapainya pengepit lalu diambil
Subscribe to:
Posts (Atom)